Sunday, October 31, 2010

exam

rakan-rakan2...

selamat menyambut peperiksaan.
study smart, jgn study hard....
o study soklan spot je pn bleh jgk..
same2 la kite mendoakan kejayaan kite bersame..
moga2, kite dikurniakan ilham & dilapangkan hati utk menjawab segala soalan dgn tenang, tabah & yakin.


(^___^)

Tuesday, October 26, 2010

Assalamualaikum semua..


Nampaknya kita semua dah belajar sinonim, dan dapat memahami sinonim dengan baik... Sekarang kita akan teruskan pembelajaran kita dengan pemintal lidah pula....Semua sebut betul2 ye....??

  1. Wawa lawa bawa kawah
  2. Tiqa teka teka teki
  3. Mira kira kura-kura, kura-kura kerah Mira kerja
  4. Jeera marah kera kerana kera kira kereta Jeera
  5. Iqa kata muka kita cuka
  6. Raihan tahan tangan dengan lengan
  7. Natrah marah pengarah marah Zaharah (aka Za)
  8. Bila Biha bilang biri-biri, biri-biri bilang Biha
  9. Ieda ada duda, tiada kuda.
Bagus... 
Baiklah, 
Sekian sahaja untuk hari ini....
Berjumpa di lain kesempatan...
untuk rujukan adik-adik yang akan mengambil xm pada bile2 masa:

AKU SEBATANG PENSEL

aku sebatang pensel. namaku stylo.ak dibuat di sebuah kilang lama di kutub utara. kemudian aku dihantar ke sebuah kedai alat tulis di kutub utara.aku dipamerkan di dalam bekas plastik untuk menarik perhatian orang membeliku. tidak lamakemudian, seorang lelaki datang membeliku. kini aku sudah mempunyai tuan baru.

tuan baru aku merupakan seorang wartawan. walaupun sibuk, tuanku amat menyayangi aku. aku amat bahagia mempunyai tuan seperti itu. oleh itu aku telah memberikan khimat yang cemerlang, gemilang dan terbilang kepada tuanku. aku selalu mengikut tuanku ke serata dunia untuk mencari berita sensasi.

takdirku berubah ketika piala dunia berlangsung. tuanku telah membawa aku untuk melihat ramalan yang dibuat oleh sotong PAUL.  tiba-tiba aku terjatuh ke dalm akuarium sotong PAUL lalu dimakan oleh sotong tersebut. walaupun cedera, nyawaku masih panjang di dalam perutnya. sepanjang berada di dalam perutnya, aku sering menangis teringatkan tuanku.

kini, sotong PAUL sudah mati. sebagai tanda kenangan, sotong PAUL telah diawet dan diletakkan di muzium dunia. aku turut terawet skali. kini, aku menghabiskan sisa hidupku di muzium.

P/S: adik2 boleh membuat penambahbaikkan pada karangan ini mengikut kreativiti masing-masing. selamat mencuba....

sinonim(perkataan sama erti)

  • zaza = besi/ustazah/bunga lazy
  • umai = tinggi
  • raihan = tersengguk
  • jayjay = tido
  • syamirah = k.u
  • ryn = penolong k.u
  • faiza = supervisor
  • ain = blur
  • wawa = datin
  • aby = cikgu
  • g-ra = melatah
  • afni = malu2 semut
  • tika adek = announcement
  • natrah = ttm
  • aten = kuat
  • nadia = bola beracun

bersambung...........

pasangan minimal....

lalang-ladang
botak-kotak
foto-toto
dadu-dagu
koyak-kopak

Monday, October 25, 2010

bicara perhatian..

Assalamualaikum kwn2 smue..


sy manusia jahil..jahat sma sekali..zalim diri sendri..zalim pd yg lain..mgkin ada yg gelak..mgkin ada yg sinis..tatkala sy menulis ini..sy taw..maaf..sy sdar rmai yg membenci..sy burukkan semua org disisi sy..sy xpernah puas dgn apa yg ada..sy taw ada yg kasihankan diri sy..ad yg ingin menegur sy..nmun ia umpama buang air di daun keladi..sy sedar..sy insaf..




seluruh pismp pk4 jan 2010..sy mohon ampun..mohon maaf..sy rsa anda kenal siapa sy..pendek kata..sape2 yg berada disisi anda smue tahu siapa sy..sy khilaf..sy sedar..tp sy takut utk berubah..sy takut pd bayang2 sy sndiri..sy takut..jika sy berubah..masih ad yg xmenerima..ya..self confident sy teramat rendah,,serendah2 nya..sy takut jika sy berubah..masih tiada yg menerima..sy perlukan org yg menegur..sy perlukan pengetuk..sy perlukan pendayung yg mampu membawa sy utk melawan arus..tp smpai bila..ya..sy tahu..utk permulaan ini..sy mohon..jika masih yg ada terbuka hati utk menjadikan sy sbgai kwn..tegur lah sy..katalah depan2 sy..biar sy sedar..biar sy terasa..jika sy cuba melawan..herdiklah sy..agar sy sedar..sbgaimana hri nie..teguran dpn2 membuatkan sy sedar ape permasalahan sy yg sbnar..sikap sy sbnar..


slama ini sy mengaku..sy dikejar bayang2 hitam yg sy ciptakan sndiri..trm kasih pd yg menegur..slalu sy membca blognya..slalu terasa..tp ya..sy takut utk berubah..sy takut org gelakkan sy..sy takut org mengata ttg sy..tp sy xsedar bhwa slma ini dlm diam sy menyakitkan seorg demi seorg..sy alpa ttg itu..sy sgka sy sdh berubah..tp tdk rupanya..malah ia semakin hari semakin teruk..tiada perubahan yg sy lakukan..


maaf...maaf..maaf..sy taw..senang mengungkapkannya..tp yg terkne pedih utk memaafkan..berikan sy peluang skali lg..tlg bukakan minda sy..tlg celikkan sy..tlg selamatkan sy..tlg hentikan sndiran yg biasa anda berikan kpd sy..tp katakannya secara dpn2..agar sy terus sedar..agar sy memahaminya scr dpn2..maaf..


p/s::sy xsempurna..sy rse sy xlayak utk bersama anda..sy cemburu melihat kebahagiaan anda..sy cuba menyelinap..tp sy rse sy xlaayk utk itu..tp sy perlukan anda slama yg blh..jika anda msih mahu menerima sy..trm kasih..kerana sdi membacanya..

Saturday, October 23, 2010

Selembar Bulu Mata..

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah
sedang di adili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat
maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri.
 
Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.
 
Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi."
 
Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan."
 
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
 
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
 
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
 
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas."
 
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."
 
"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.
 
Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.
 
Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."
 
"Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata."

 Firman Allah swt,
 "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."

Surah Al-Ashr
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan pasti akan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.. Allah Maha Pengampun..oleh itu, setiap apa yang dilakukan ,yang penting adalah niat..=) 

Sekadar Renungan =)

“ Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik...susah digapai. Terkadang epal itu merasa risau, kenapalah diriku belum dipetik ? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah.Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tidak ada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi ”...=)

Thursday, October 21, 2010

Ni ada nota sikit.. moga bermanfaat

a) Tujuan Membaca
Setiap perkara yang dilakukan mempunyai tujuan tertentu yang ingin dicapai. Kemahiran membaca pula mempunyai dua tujuan yang ingin dicapai iaitu tujuan serta merta dan tujuan lanjut. Tujuan serta merta merupakan tujuan muktamad untuk membolehkan murid membaca dan memaham. Apabila murid-murid sudah boleh memaham, ini bermakna mereka boleh membaca secara cepat, tidak teragak-agak, dan  boleh membaca dengan serta merta. Manakala tujuan lanjut pula merupakan kesinambungan tujuan membaca serta merta. Berikut ialah lanjutan mengenai tujuan serta merta dan tujuan lanjut:
Tujuan Serta-merta
Tujuan Lanjut
Tujuan-tujuan lain bagi tujuan serta merta:
·        Membolehkan murid membaca dengan betul dengan sebutan dan intonasi yang betul.
·        Membolehkan murid membaca secara senyap tanpa gangguan.
·        Mewujudkan sikap suka membaca dan mencara erti disebalik bahan bacaan.
·        Menimbulkan minat membaca sebagai satu hiburan dan pengisian masa lapang serta menambahkan pengetahuan.
Matlamat tujuan lanjut ialah:
·        Menjadikan membaca sebagai penambah pengalaman dan pengetahuan.
·        Mendapatkan input untuk dijadikan panduan hidup.
·        Meluaskan pengetahuan, mengukuhkan kefahaman, dan memperbetul salah tanggapan.
·        Melahirkan pandangan secara tersusun dan bernas.
·        Modal untuk bersosial dengan masyarakat sekeliling.

b) Definisi Membaca
Terdapat beberapa definisi membaca mengikut pandangan beberapa tokoh dan individu. Antaranya ialah definisi kemahiran membaca adalah sebagaimana berikut:
Harris dan Sipay (1980)
Proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang  bercetak atau bertulis.
Kenedy (1981)
Keupayaan  seseorang untuk mengecam  bentuk visual iaitu lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan.
Marohaini Yusoff (1999)
Hubungan bentuk dengan bunyi atau makna yang telah diketahui,  dan seterusnya  berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya.
Charles Frie (1963)
Aktiviti pentafsiran menterjemahkan lambang-lambang kepada bunyi-bunyi bahasa yang dimaksudkan.
Frank Smith (1971)
Membaca merupakan satu psikolinguistik dan merupakan langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan yang diterima.
Prof. Atan Long (1976)
Merupakan proses keterbalikan tulisan yang mana membaca adalah mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada.
Kesimpulan daripada kesemua definisi di atas
Membaca merupakan satu proses menyuarakan tulisan (lambang-lambang bercetak atau bertulis), mengambil isi dan fikiran yang bertulis dan seterusnya memahamkan isi kandungannya. 

Examination is just around the corner..

Salam and greeting to all,


Huhu, kawan2 semua, peperiksaan dah  dekat ni.. ad kat selekoh tu je... mase tengah bace muka buku,, ada sekor kucing pesan supaya baca buku.. baik la kucing yang pandai bercakap, kami akan baca buku... (dalam hati: die tu kucim, x pe la  x bc buku pun)..

baiklah, (x nak ckp banyak sbb da nak eXam), sekarang ni diumukan pula tarikh peperiksaan bagi unit pismp sem 2 (y amek pk je la):

2 Nov 2010 - EDU 3103 (Murid dan Alam Belajar)
10 Nov 2010 - PKB 3103 (Pengurusan Tingkah Laku)
11 Nov 2010 - PKB 3104 (Kaedah Pembelajaran Khas Bahasa Melayu)
15 Nov 2010 - PJM 3102 (Elektif 1: Pergerakan Asas)

p/s: kalau ada ahli nujum y sudi berkongsi ramalan pun ok jugak... tapi papepun mst usaha dulu..

Wednesday, October 20, 2010

buat mu sahabat

ya allah, 
sahabatku ini temanku..
mesra kami penawar duku duka..
rindu kami menambah cinta...
rajuk kami membuah ceria..

ya allah..
silaturrahim kami ukhwah filah
bermusuh kami NAUZUBILLAH...




wawa ade dua isteri????

dear : pengedit blog

blog kelas kita lawa la..
suke template yg ni..
npk ceria..
credit for someone yg rajin cari template yg comel..
:)

kite kawan..


                                                     kita   semua macam bunge dalam taman..

faiza bunga mawar, ieda pula bunga tahi ayam. umairah bunga lili, raihan pula bunga raya.
tak sama dan pelbagai..
ada macam2 ragam.
jamaliah suke berlakon, najwa pula pandai menjeling,,
tapi kepalbagaian itulah yang buat kita serasi bersama.. macam2 ragam itulah
yg mengidupkan suasana dan membuatkan diri kita jadi istimewa dan kepelbagaian itu jugaklah byk mengajar kita erti kehidupan..

kita kawan sampai bile2. janji tau


ditulis oleh:
torox si ular merah
(boneka hajeera dah pandai menulis)
buat nama yg x disebut torox mintak maaf, sesungguhnya kalian sgt istimewa dlm hidup torox..
torox menyayangi kalian lebih dari torox menyayangi gendut(boneka ular hitam raihan)

Tuesday, October 19, 2010

dear umai...

mai...saya nk mintak maaf sbb blog ni jd cmnie....ingt nk bg cntk tp dh x cntk dh...
pnt la nk edit mai......

jom try!!!!

cik farrah yg t'kenal ngan keayuan dan keperempuanan melayunya ingin b'kongsi resipi yg simple tp sedap dibuat santapan bersama keluarga tersayang...

tajuk: roti telur berkeju
objektif: mengeratkan family tight dan meningkatkan kemahiran memasak
penggabungjalinan: pertuturan, terapi motor halus

bahan yang diperlukan:
  • roti sandwich
  • parmesan cheese...tipu je...keju cheddar je...
  • telur ayam....
  • minyak masak yg krg kolesterol
prosedur nk bt:
  1. kepitkan keju antara dua keping roti...
  2. salutkan roti dengan telur yang telah dipukul....
  3. then, goreng roti tadi...jgn guna banyak minyak ek...
mesti t'ingin nk test kn....try la bt mesti sedap...
tp kalau x sedap cuba lg....bkn salah resipi x sedap...
mgkin memasak memerlukan bakat hahahaha...

Monday, October 18, 2010

KERUTUP DAGING TERENGGANU

Salam...

Bestnyer kerutup daging ni... boleh makan ngan nasi minyak... nasi biasa pun best... cedapnyer.. dah lme x makan... huhu




650 gm daging, potong nipis dan bersihkan

Bahan tumis :

½ cawan minyak masak

1 sudu minyak sapi

½ labu bawang besar

3 ulas bawang putih

2.5 cm halia

2 batang serai

2 helai daun pandan

2 sudubesar cili boh



Bahan kisar :


10 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2.5 cm halia

1.5 cm lengkuas

2.5 cm kunyit segar

½ sudu kerisik

1 sudu sos tomato

15 gm rempah kerutup (ni kena tanya member RN orang terengganu)

½ cawan susu cair

garam, gula, asam jawa secukup rasa



Bahan hiasan :


½ labu bawang besar potong empat

2 biji tomato potong empat

2 tangkai cili merah potong empat

2 tangkai cili hijau potong empat



Panaskan minyak dan masukakn semua bahan tumis dan kacau rata sampai kuning. Masukkan cili boh dan kacau sampai pecah minyak. Gaul semua bahan kisar bersama rempah dan masukkan ke dalam kuali, tambah sedikit air sejuk. Kacau lagi sehingga pecah minyak dan masukkan daging. Biarkan daging empuk sedikit, masukkan santan, susu dan bahan perasa. Tunggu selama ½ jam, rasakan garamnya, bolehlah diangkat dan hidangkan.

to all my beloved pk4 fwenz


Sahabat Sejati





Kugoreskan sebentuk wajah melukis parasmu
Kuberikan senyuman kecil di sudut bibirmu

Mengenang kembali kenangan indah saat kita bersama
Berbagi rasa satukan cita melangkah di jalan-Nya
Lalui hari yang membentang di hadapan kita
Saling berjanji tuk setia dan menjaga


Sahabat sejati takkan mengkhianati
Seorang teman rela untuk berkorban
Sahabat sejati coba tuk memahami
Seorang teman takkan meninggalkan




by:aten natra....
msg:  luv u all!!!:)

Sand and Stone


A story tells that two friends were walking through the desert. During some point of the journey they had an argument, and one friend slapped the other one in the face. The one who got slapped was hurt, but without saying anything, wrote in the sand: "TODAY MY BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE."
They kept on walking until they found an oasis, where they decided to take a bath. The one, who had been slapped, got stuck in the mire and started drowning, but the friend saved him. After the friend recovered from the near drowning, he wrote on a stone: "TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE."
The friend who had slapped and saved his best friend asked him, "After I hurt you, you wrote in the sand and now, you write on a stone, why?"
The other friend replied: "When someone hurts us, we should write it down in sand where winds of forgiveness can erase it away. But, when someone does something good for us, we must engrave it in stonewhere no wind can ever erase it."

=)

Sunday, October 17, 2010

Selamat pagi jugak...

Salam to all...

ieda tanya: umai ada pape syarat ke untuk post entry kat blog ni??

za jawab   : nanti ko letak semua ttg diri ko je.... nanti ko je y update... ni kucing saya.. ni apak saya.

aten jawab: nanti ko citer pasal ko kat skolah ea??

umai jawab dalam hati : apa salahnya... boleh la kte berkenalan dengan family bdk2 kelas kita... so pape y terlintas kat fikiran, tulis jew...

kawan2 leh share pape je...
- perkongsiaan agama...
- citer keluarga...
- luahan rasa.( cinta, sedih, marah, n so whatever)
- fakta kesihatan
- isu pendidikan
- pendidikan khas
- isu semasa
- menu masakan (ni hay nye part, ieda pun boleh)
- origami, seni, dan y sewaktu dengannya (ieda jugak, za n tiqa nabila bleh la jugak join skali)
- soalan spot???? (boleh jugak)
- makluman semasa...

n semua la... nme2 tu sje letak je... semua orang bleh tulis... sila la ye kawan2...

selamat pagi..

salam..

selamat pg ..
rakan2 semua..

setiap apa kita rasa..
kita kongsi..
kita cerita..
kita rahsia..

ada kisah suka..
ada kisah duka..
ianya rencah kehidupan..
masam manis kehidupan kita..

trima semua seadanya..
baik buruk..
semua kita rasa..
kita semua saudara..


salam perknlan..
=)