a) Tujuan Membaca
Setiap perkara yang dilakukan mempunyai tujuan tertentu yang ingin dicapai. Kemahiran membaca pula mempunyai dua tujuan yang ingin dicapai iaitu tujuan serta merta dan tujuan lanjut. Tujuan serta merta merupakan tujuan muktamad untuk membolehkan murid membaca dan memaham. Apabila murid-murid sudah boleh memaham, ini bermakna mereka boleh membaca secara cepat, tidak teragak-agak, dan  boleh membaca dengan serta merta. Manakala tujuan lanjut pula merupakan kesinambungan tujuan membaca serta merta. Berikut ialah lanjutan mengenai tujuan serta merta dan tujuan lanjut:
| Tujuan Serta-merta | Tujuan Lanjut | 
| Tujuan-tujuan lain bagi tujuan serta merta: ·          Membolehkan   murid membaca dengan betul dengan sebutan dan intonasi yang betul. ·          Membolehkan   murid membaca secara senyap tanpa gangguan. ·          Mewujudkan   sikap suka membaca dan mencara erti disebalik bahan bacaan. ·          Menimbulkan   minat membaca sebagai satu hiburan dan pengisian masa lapang serta   menambahkan pengetahuan. | Matlamat tujuan lanjut ialah: ·          Menjadikan   membaca sebagai penambah pengalaman dan pengetahuan. ·          Mendapatkan   input untuk dijadikan panduan hidup. ·          Meluaskan   pengetahuan, mengukuhkan kefahaman, dan memperbetul salah tanggapan. ·          Melahirkan   pandangan secara tersusun dan bernas. ·          Modal   untuk bersosial dengan masyarakat sekeliling. | 
b) Definisi Membaca 
Terdapat beberapa definisi membaca mengikut pandangan beberapa tokoh dan individu. Antaranya ialah definisi kemahiran membaca adalah sebagaimana berikut:
| Harris dan Sipay   (1980)  | Proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang   lambang-lambang  bercetak atau   bertulis. | 
| Kenedy (1981) | Keupayaan  seseorang untuk   mengecam  bentuk visual iaitu   lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan. | 
| Marohaini Yusoff   (1999) | Hubungan bentuk dengan bunyi atau makna yang telah diketahui,  dan seterusnya  berasaskan pengalaman lalu, memahami dan   mentafsirkan maksudnya. | 
| Charles Frie (1963) | Aktiviti pentafsiran menterjemahkan   lambang-lambang kepada bunyi-bunyi bahasa yang dimaksudkan. | 
| Frank Smith (1971)  | Membaca merupakan satu   psikolinguistik dan merupakan langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran   bahasa dan memproses perkembangan yang diterima. | 
| Prof. Atan Long (1976) | Merupakan proses   keterbalikan tulisan yang mana membaca adalah mentafsirkan kembali   lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna-makna tersebut dengan   pengalaman sedia ada. | 
| Kesimpulan daripada kesemua definisi di   atas | Membaca merupakan satu   proses menyuarakan tulisan (lambang-lambang bercetak atau bertulis), mengambil   isi dan fikiran yang bertulis dan seterusnya memahamkan isi kandungannya.  | 
 
No comments:
Post a Comment