Tuesday, February 8, 2011

andai kata saya lelaki.. pemilik tulang rusuk kiri wanita

"andai nya aku lelaki, dan aku dikehendaki untuk memilih budak kelas pk4 sebagai calon isteri. aku akan memilih..

jamaliah: aku nak pilih AFNI jadi isteri. WAWA pula aku nak jadikan wanita simpanan.

afni: kalau saye lelaki, saye nak pilih IDA jadi peneman hidup saya. sepanjang ketiadaan rumate, saye telah bersekedudukan dengan IDA. saya kini lebih mengenali hati budi si gadis kecil molek itu. rupanya, dia sungguh baik sekali.. dalam hatinya ada taman..IDA, peluk sket meh..

raihan: kalu ambo jadi jate.. ambo nok kawen ngan MOK NAD. sebab MOK NAD org klate jugop. GOMO KLATE GOMO!!! IDOP KLATE!! (sambil mengangkat tangan kaki dan mulut)

kak dayah: akak pulak, kalau akak jadi laki.. akak nak jadikan JAYJAY sebagai isteri akak. biak pi org kata apa.. saye kenal jay jay saye.. memanglah jay jiak tu suke kacau2 saye. tapi die sebenarnye nak bergurau manje dgn saye jerk 2.. idop rumah tangge. kene ade gurau2. ye dak? (akak tuh)

aby: saye nak kawen empat. ikut sunah. saye nak kawen ngan AFNI, NATRAH, KAK DAYAH, DAN JAYJAY.. 

za: aku ade 4 bini. bini pertama WAWA (isteri yg selalu mengalah), bini kedue pule NATRAH, bini ketiga AFNI dan bini terakhir RAIHAN. tapi dengan RAIHAN tak kekal lama. sebab FAIZA hadir dalam hidup aku. akibat kelembutan FAIZA, za jatuh hati dengan faiza lalu menceraikan raihan. tinggallah raihan seorang diri. tapi jauh di lubuk hati za, dia masih menyayangi RAIHAN. sebenarnye, hajat di hati za, ingin meminang UMAIRAH untuk dijadikan isteri tapi merasakan diri tidak layak untuk menjadi suami kepada seorang isteri yang mithali. ke surau pun jarang2 sekali..jadi, mencintai umairah di dalam diam. tiada siapa yang tahu. kekasih tidak kesampaian bak kate org tue2. JAYJAY pula dijadikan wanita simpanan.

tika nabila: mahu jadikan UMAIRAH sebagai calon isteri. supaya isteri dapat menunjukkan ke jalan kebenaran. 

rin: saye pon nak kawen 4.tapi KAK DAYAH cinte sejati.WAWA, EBY DAN MIRA isteri biase2.=nak kikis duit mira bawak k.dayah balek serawak(faharin shani, 2011)

wawa: NADIA, SYAMIRA, NATRAH

natrah; AFNI

syamira: KAK DAYAH, KAK UMAI DAN KAK NATRAH (ya, saye memang lebih suke org yg lebih berusie dari saye)

faiza: Kak UMAIRAH. heheheh (tersipu-sipu malu)

aten : HAJEERA-sebab die  same tinggi dengan aku, (aten, 2011)

adila: UMAIRAH

ida: RAIHAN, MOK NAD, JEERA

ain: faiza

iqa: hmmmmm... biarlah rahsie

umairah: saye tidak memilih sape2.. namun, ape yg pasti, saye nak bercinte selepas kawen. selepas ade suatu ikatan yang sah dan yang halal untukku...

mok nad: tok se lah maen gini ni. heheh


calon2 isteri pilihan.. dan pemenangnyer jatuh ke tangan wawa.. OMBAK untuk wawa. OMBAKKKKKKKK.. (wawa menang tanpe bertanding)

kepada yang tidak terpilih (terutamanya atiqa nabila)  ,  sabarlah wahai hati, kalian tidak terpilih.. masih ade masa untuk baiki diri sendiri. untuk jadi lebih lembut, matang dan ayu..tahun depan kite buat survey ni. manelah tahu, nasib kalian berubah.. ustaz JEKOF ke nak jadikan calon isteri.. manalah tahu kan? (penulis tidak tahu eja JEKOF dgn betul) ..


Tuesday, January 25, 2011

kura-kura lama di blok tua

Cuba cari mana C besar?
ini cikgu..

aku tersenyum.
dari sebuah kotak kosong yang tak berguna,
aku dijadikan kura2.
Seronoknya!

di tempat itu,
walau asing,
walau bising,
aku ramai kawan,
aku ramai teman.

si laptop ikan,
si pokok suku kata,
si roket yang bercita2 menjelajah awan,
si ABC origami yang bergantungan,
si kolaj yang separa siap,
si epal merah yang berseri,
kami ibarat famili.

semuanya ceria di situ.
tiada istilah pilu.

namun,
semakin hari, semakin sunyi.

suasana sepi,
suasana muram,
dan hari semakin malam.

tiba2,
aku dengar derapan kaki,
mimpi hidup kembali.

aku nampak budak itu,
dia yang mereka aku.
aku gembira,
aku suka,
tak terkata!

namun, aku hairan,
aku semakin di tinggalkan.

kawan2 aku dibawa pergi..
tapi aku?
seperti tidak sudi,
mereka peduli,
mereka sepi.

hati ini berkata2
bawalah aku bersama!
aku lihat si origami burung juga begitu.
dia merintih sayu.
jangan tinggalkan kami.
jangan bawa kawan kami pergi.

saat itu,
mataku mula menghamburkan sejuta air mata kepiluan,
sejuta air mata kesayuan,
hati ini sedih,
hati ini pedih.

derapan kaki terhenti...
aku lihat,
ada insan memandang simpati.
hati aku sedikit berbunga.
mungkin harapan masih ada,
sayang masih wujud di jiwa.

tangan kecil itu mengangkat aku,
aku tahu,
aku berpindah di blok baru.

namun,
saat aku meninggalkan kelas tua yang berjasa,
nasib si ABC origami berbeza.
dia ditinggalkan.
dia dibiarkan bergantungan.

aku memandang dia dengan mata yang sayu,
dengan hati yang pilu.
dia tergantung lemah,
di rumah tua,
tempat dulu keluarga bersama.


maaf si ABC origami....

Monday, January 17, 2011

kenape chekgu??

punye la bnyak keje dlm dunia ni....nape la 21 org unit PK4 b'cita2 nk jd chekgu....time foundation bnyak la alasan npe msuk IPG....antaranya:

mentor : kenapa awak pilih nk msuk sni
m'lah : sy x nk....mak sy yg pakse sy dtg sni....sy nk jd akauntan
umai : ntah r...sy msuk je sbb dh dpt
za piaget : results sy time mtrx bgus sgt....
raihan : sy memg minat jd chekgu (sambil t'sipu2 malu)
k.dayah : sy amik tesl dlu tp x dpt....2 sy cube pk ni...
ieda : ayah sy suh try.....(mcm la blh kuar msuk sesuka ati ipg ni)

erm......mcm2 jwpn....memg x puas ati kn....rmai lg yg nk msuk sni x dpt....tp npe la drg yg x minat ni dpt....
mgkin de hikmah die kn.....TP....
lepas 1 1/2 taun foundation....sume lecturer da mantapkan jati diri cmne nk jd cekgu yg best dlm diri stp org.....
so...skang...kalau tnye nape awak masuk IPG...antara jwpn yg akan anda dengar ialah:

syamirah : kami ingin b'khidmat untuk m'bantu PM m'capai aspirasi negara.....(wahhhhh)
jj : kami ingin m'bina generasi yg t'bilang untk memimpin negara pd masa hdpn (ooohhhh)
cik farrah : sy nk sume parents yg de anak2 istimewa berasa lega sekiranya mereka 'pergi' t'lbh dahulu sblm anak mereka....sy ingin anak2 istimewa mampu b'jln di atas kaki sndiri dengan yakin....(muke ikhlas)...

kepada sume bakal guru: kecemerlangan bukan hanya pada result yg tinggi @ bagus....tp keupayaan untk mengubah,,,,,


alahai..........

sian belog clas x berusik pom.....hahahahaha.....x pe blog nant dpt elaun kite g mkn b'dua je tau....biar drg 2 x dpt mkn sdp2.....tp tggu elaun r hahahahaha

Monday, December 27, 2010

wohoooo ceria!!!!!


cuti de ag bpe kerat..
spent time wisely...
t'utama ngan luvely family
ble sem da stat
sush plak nk cari mase blik kg...
nk jenguk family...
nk jenguk pets...itik, kambing, lembu,kucing...
so...have a nice holiday...wlpn tggal bpe ari je ag....

Thursday, December 16, 2010

umairah.....

sempena besday umai yg dh lepas..
de adiah tok umai..
spesel tok umai sorg je (setakat ni la hehehe)

Sunday, November 28, 2010

memperkenalkan puteri2 PK4 JAN 2010^_*

BARISAN HADAPAN




BARISAN KEDUA



BARISAN KETIGA


 BARISAN TERAKHIR




*UKHUWAH FILLAH^_^ FRENZ 4 EVAR!!!

Friday, November 26, 2010

tadaaaaa...^_^



nilah hadiah bufday yang kitowg sekelas bagi kat mentor mase bufday mentor kami EN. DZULKIFLI:)
ingat g tym 2...g mmkn ramai2..best tuu...nyummy!!!!



ni plak..kek SECERET RESEPI...kami bwakan untuk dijamu pade hari tersebut..nmpk sedapkan2:)

mari lihat foto2 dibwh...lets check out!


mentor kami brsama istri tercyg,,,hii,....SWEET KN^_^

..ya..lapo da ni...kroot2 perut...makan tym!!!aum
kami ni memg SUKE mkn...licin pinggan....menjilat jari..huhu

*maaflah pic2 ni je yg berjaye diupload...almaklum tenet bak kure2
x larat nk menunggu..papepun..windukan saat2 ini

TO MY CLASSMATEZ...LUV U ALL
HIDUP PK4!!!^_*

Friday, November 12, 2010

cheese cake!nyum2~





BAHAN-BAHAN

1 buku cheese Philadelphia

1 buku butter cup kecil

1 tin susu pekat manis

1 bungkus biskut biskut meri

serbuk nescafe


CARA-CARA MEMBUAT:

LAPISAN CHEESE(LAPISAN PERTAMA)

mesinkan cheese + butter cup +1/2 tin susu pekat sehingga sebati


LAPISAN BISKUT(LAPISAN 2)

bancuh sekbuk nescafe + sedikit susu pekat + sedikit air

*bancuh pekat2, pastikan warna bancuhan coklat kehitaman
*untuk mencelup biskut meri tadi(sekejap je taw celupnya)

 UNTUK MELAPISKAN:

letak dulu bancuhan cheese tadi dan ratakan

pastikan tidak terlalu tebal atau terlalu nipis

kemudian susunkan biskut meri yang telah di celup kedalam  bancuhan nescafe td

kemudian lapiskan semula dgn cheese

selang selikan LAPISAN 1 DAN LAPISAN 2 sehingga habis bancuhan cheese td

*pastikan lapisan terakhir adalah lapisan cheese
*simpan kek td di dalam peti sejuk
*boleh dimakan terus:)

SELAMAT MENCUBE!!!!  ^_~




 


Saturday, November 6, 2010

IF

if a child can`t talk,
we can explore an amazing range of voice output devices
if a child can`t walk,
we can measure them up for some wheels
if a child can`t remember,
we can device cues and picture systems to help......
if a child can`t hear
we can learn to sign....
if a child can`t socialise appropriately
we can model kindness, self discipline and love....
if a child can`t sit still and learn,
we can plan for movement and activity-based lessons......
if a child can`t go to the toilet unaided,
we can take the time to help.....
if a child can grasp your hand, or smile, or sign "Thank You",
then what else is there to ask for?
there are no endings, just new doors to open........


Greg Lang & Chris Berberich, "All Children are Special"  1995

Sunday, October 31, 2010

exam

rakan-rakan2...

selamat menyambut peperiksaan.
study smart, jgn study hard....
o study soklan spot je pn bleh jgk..
same2 la kite mendoakan kejayaan kite bersame..
moga2, kite dikurniakan ilham & dilapangkan hati utk menjawab segala soalan dgn tenang, tabah & yakin.


(^___^)

Tuesday, October 26, 2010

Assalamualaikum semua..


Nampaknya kita semua dah belajar sinonim, dan dapat memahami sinonim dengan baik... Sekarang kita akan teruskan pembelajaran kita dengan pemintal lidah pula....Semua sebut betul2 ye....??

  1. Wawa lawa bawa kawah
  2. Tiqa teka teka teki
  3. Mira kira kura-kura, kura-kura kerah Mira kerja
  4. Jeera marah kera kerana kera kira kereta Jeera
  5. Iqa kata muka kita cuka
  6. Raihan tahan tangan dengan lengan
  7. Natrah marah pengarah marah Zaharah (aka Za)
  8. Bila Biha bilang biri-biri, biri-biri bilang Biha
  9. Ieda ada duda, tiada kuda.
Bagus... 
Baiklah, 
Sekian sahaja untuk hari ini....
Berjumpa di lain kesempatan...
untuk rujukan adik-adik yang akan mengambil xm pada bile2 masa:

AKU SEBATANG PENSEL

aku sebatang pensel. namaku stylo.ak dibuat di sebuah kilang lama di kutub utara. kemudian aku dihantar ke sebuah kedai alat tulis di kutub utara.aku dipamerkan di dalam bekas plastik untuk menarik perhatian orang membeliku. tidak lamakemudian, seorang lelaki datang membeliku. kini aku sudah mempunyai tuan baru.

tuan baru aku merupakan seorang wartawan. walaupun sibuk, tuanku amat menyayangi aku. aku amat bahagia mempunyai tuan seperti itu. oleh itu aku telah memberikan khimat yang cemerlang, gemilang dan terbilang kepada tuanku. aku selalu mengikut tuanku ke serata dunia untuk mencari berita sensasi.

takdirku berubah ketika piala dunia berlangsung. tuanku telah membawa aku untuk melihat ramalan yang dibuat oleh sotong PAUL.  tiba-tiba aku terjatuh ke dalm akuarium sotong PAUL lalu dimakan oleh sotong tersebut. walaupun cedera, nyawaku masih panjang di dalam perutnya. sepanjang berada di dalam perutnya, aku sering menangis teringatkan tuanku.

kini, sotong PAUL sudah mati. sebagai tanda kenangan, sotong PAUL telah diawet dan diletakkan di muzium dunia. aku turut terawet skali. kini, aku menghabiskan sisa hidupku di muzium.

P/S: adik2 boleh membuat penambahbaikkan pada karangan ini mengikut kreativiti masing-masing. selamat mencuba....

sinonim(perkataan sama erti)

  • zaza = besi/ustazah/bunga lazy
  • umai = tinggi
  • raihan = tersengguk
  • jayjay = tido
  • syamirah = k.u
  • ryn = penolong k.u
  • faiza = supervisor
  • ain = blur
  • wawa = datin
  • aby = cikgu
  • g-ra = melatah
  • afni = malu2 semut
  • tika adek = announcement
  • natrah = ttm
  • aten = kuat
  • nadia = bola beracun

bersambung...........

pasangan minimal....

lalang-ladang
botak-kotak
foto-toto
dadu-dagu
koyak-kopak

Monday, October 25, 2010

bicara perhatian..

Assalamualaikum kwn2 smue..


sy manusia jahil..jahat sma sekali..zalim diri sendri..zalim pd yg lain..mgkin ada yg gelak..mgkin ada yg sinis..tatkala sy menulis ini..sy taw..maaf..sy sdar rmai yg membenci..sy burukkan semua org disisi sy..sy xpernah puas dgn apa yg ada..sy taw ada yg kasihankan diri sy..ad yg ingin menegur sy..nmun ia umpama buang air di daun keladi..sy sedar..sy insaf..




seluruh pismp pk4 jan 2010..sy mohon ampun..mohon maaf..sy rsa anda kenal siapa sy..pendek kata..sape2 yg berada disisi anda smue tahu siapa sy..sy khilaf..sy sedar..tp sy takut utk berubah..sy takut pd bayang2 sy sndiri..sy takut..jika sy berubah..masih ad yg xmenerima..ya..self confident sy teramat rendah,,serendah2 nya..sy takut jika sy berubah..masih tiada yg menerima..sy perlukan org yg menegur..sy perlukan pengetuk..sy perlukan pendayung yg mampu membawa sy utk melawan arus..tp smpai bila..ya..sy tahu..utk permulaan ini..sy mohon..jika masih yg ada terbuka hati utk menjadikan sy sbgai kwn..tegur lah sy..katalah depan2 sy..biar sy sedar..biar sy terasa..jika sy cuba melawan..herdiklah sy..agar sy sedar..sbgaimana hri nie..teguran dpn2 membuatkan sy sedar ape permasalahan sy yg sbnar..sikap sy sbnar..


slama ini sy mengaku..sy dikejar bayang2 hitam yg sy ciptakan sndiri..trm kasih pd yg menegur..slalu sy membca blognya..slalu terasa..tp ya..sy takut utk berubah..sy takut org gelakkan sy..sy takut org mengata ttg sy..tp sy xsedar bhwa slma ini dlm diam sy menyakitkan seorg demi seorg..sy alpa ttg itu..sy sgka sy sdh berubah..tp tdk rupanya..malah ia semakin hari semakin teruk..tiada perubahan yg sy lakukan..


maaf...maaf..maaf..sy taw..senang mengungkapkannya..tp yg terkne pedih utk memaafkan..berikan sy peluang skali lg..tlg bukakan minda sy..tlg celikkan sy..tlg selamatkan sy..tlg hentikan sndiran yg biasa anda berikan kpd sy..tp katakannya secara dpn2..agar sy terus sedar..agar sy memahaminya scr dpn2..maaf..


p/s::sy xsempurna..sy rse sy xlayak utk bersama anda..sy cemburu melihat kebahagiaan anda..sy cuba menyelinap..tp sy rse sy xlaayk utk itu..tp sy perlukan anda slama yg blh..jika anda msih mahu menerima sy..trm kasih..kerana sdi membacanya..

Saturday, October 23, 2010

Selembar Bulu Mata..

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah
sedang di adili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat
maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri.
 
Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.
 
Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi."
 
Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan."
 
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
 
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
 
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
 
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas."
 
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."
 
"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.
 
Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.
 
Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."
 
"Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata."

 Firman Allah swt,
 "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."

Surah Al-Ashr
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan pasti akan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.. Allah Maha Pengampun..oleh itu, setiap apa yang dilakukan ,yang penting adalah niat..=) 

Sekadar Renungan =)

“ Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik...susah digapai. Terkadang epal itu merasa risau, kenapalah diriku belum dipetik ? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah.Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tidak ada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi ”...=)

Thursday, October 21, 2010

Ni ada nota sikit.. moga bermanfaat

a) Tujuan Membaca
Setiap perkara yang dilakukan mempunyai tujuan tertentu yang ingin dicapai. Kemahiran membaca pula mempunyai dua tujuan yang ingin dicapai iaitu tujuan serta merta dan tujuan lanjut. Tujuan serta merta merupakan tujuan muktamad untuk membolehkan murid membaca dan memaham. Apabila murid-murid sudah boleh memaham, ini bermakna mereka boleh membaca secara cepat, tidak teragak-agak, dan  boleh membaca dengan serta merta. Manakala tujuan lanjut pula merupakan kesinambungan tujuan membaca serta merta. Berikut ialah lanjutan mengenai tujuan serta merta dan tujuan lanjut:
Tujuan Serta-merta
Tujuan Lanjut
Tujuan-tujuan lain bagi tujuan serta merta:
·        Membolehkan murid membaca dengan betul dengan sebutan dan intonasi yang betul.
·        Membolehkan murid membaca secara senyap tanpa gangguan.
·        Mewujudkan sikap suka membaca dan mencara erti disebalik bahan bacaan.
·        Menimbulkan minat membaca sebagai satu hiburan dan pengisian masa lapang serta menambahkan pengetahuan.
Matlamat tujuan lanjut ialah:
·        Menjadikan membaca sebagai penambah pengalaman dan pengetahuan.
·        Mendapatkan input untuk dijadikan panduan hidup.
·        Meluaskan pengetahuan, mengukuhkan kefahaman, dan memperbetul salah tanggapan.
·        Melahirkan pandangan secara tersusun dan bernas.
·        Modal untuk bersosial dengan masyarakat sekeliling.

b) Definisi Membaca
Terdapat beberapa definisi membaca mengikut pandangan beberapa tokoh dan individu. Antaranya ialah definisi kemahiran membaca adalah sebagaimana berikut:
Harris dan Sipay (1980)
Proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang  bercetak atau bertulis.
Kenedy (1981)
Keupayaan  seseorang untuk mengecam  bentuk visual iaitu lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan.
Marohaini Yusoff (1999)
Hubungan bentuk dengan bunyi atau makna yang telah diketahui,  dan seterusnya  berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya.
Charles Frie (1963)
Aktiviti pentafsiran menterjemahkan lambang-lambang kepada bunyi-bunyi bahasa yang dimaksudkan.
Frank Smith (1971)
Membaca merupakan satu psikolinguistik dan merupakan langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan yang diterima.
Prof. Atan Long (1976)
Merupakan proses keterbalikan tulisan yang mana membaca adalah mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada.
Kesimpulan daripada kesemua definisi di atas
Membaca merupakan satu proses menyuarakan tulisan (lambang-lambang bercetak atau bertulis), mengambil isi dan fikiran yang bertulis dan seterusnya memahamkan isi kandungannya.